Bab 4: Multimedia



  1. Definisi multimedia ialah “Multi” =pelbagai. “Media” =hardware atau software yang digunakan.
  1. Multimedia terdiri daripada 5 elemen iaitu:
Teks
Audio
Animasi
Video
Grafik

  1. Multimedia turut digunakan dalam pelbagai bidang. Contohnya :
Bidang Pendidikan
(dalam bentuk sumber rujukan seperti encyclopedia elektronik, edutainment-pembelajaran dalam bentuk hiburan, pembelajaran lebih menarik dan efektif)
Bidang Perniagaan
(pengiklanan, laman web, papan iklan elektronik, CD, DVD, Animasi tanah liat, KIOS- bagi mempromosi barangan/perkhidmatan untuk memperoleh keuntungan)
 
Bidang Kejuruteraan
(Computer-Aided Design atau CAD digunakan untuk reka cipta barangan sebelum dikeluarkan sebagai satu produk.) 
Bidang Perubatan
(doktor boleh berlatih untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi dengan menggunakan Virtual Surgery)
Bidang Hiburan
(Terdapat pelbagai perisian permainan yang menguji pelbagai kebolehan pemain cth :FIFA Soccer, Digimon, WWE, filem 3D, 6D)





4.1 INTERAKTIVITI MULTIMEDIA
1.   Interaktif merujuk kepada komunikasi dua hala antara pengguna dengan aplikasi multimedia atau program. Pengguna boleh membuat kawalan dengan menggunakan peranti input seperti papan kekunci(keyboard), mikrofon, tetikus(mouse), joy stick(kayu ria), skrin sesentuh (touch screen).
2.   Interaktiviti multimedia terbahagi kepada Interaktiviti Linear dan Interaktiviti Tidak Linear.

3. Multimedia Berbentuk Interaktiviti Linear
Pasif (satu hala sahaja) iaitu tidak dapat mengawal atau berinteraksi dengan kandungan multimedia berkenaan. Contohnya ialah segala jenis filem atau movie. Multimedia disusun berbentuk jujukan (pengguna tidak boleh mengawal ke atas jujukan kandungan multimedianya)

4. Multimedia Berbentuk Interaktiviti Tidak Linear
(NON-LINEAR INTERACTIVITY)

Melibatkan komunikasi dua hala; iaitu pengguna boleh mendapatkan kandungan multimedia yang diinginkan sahaja dengan menggunakan butang navigasi atau pautan yang disediakan seperti hypertext.
Contoh aplikasi multimedia berbentuk tidak linear ialah seperti permainan komputer, perisian kursus, maklumat di mesin KIOS, buku elektronik dan sebagainya.



4.2 Medium Penyampaian Multimedia
 1. Multimedia disampaikan melalui laman web (internet, perisian pelayar web) dan juga boleh disampaikan melalui cakera padat (CD, DVD).
2. Web Base
    a)Multimedia berasaskan laman web adalah kombinasi teknologi multimedia dan teknologi internet.
b) Terdapat pelbagai perisian multimedia yang menyokong penyampaian multimedia menerusi laman web seperti perisian tambahan (plug-ins) dan pemain (player) yang membolehkan aplikasi multimedia dapat dipapar dan disimpan pada kualiti tinggi yang memuaskan.
c) Contoh plug-ins ialah Java, Flash Player, Media Player, Quick time Player dan Real player.
d) Namun, paparan melalui web masih bergantung kepada kelajuan pemindahan data dalam teknologi internet.
 

3. CD-base
 

a)   Cakera padat seperti CD, DVD, dan cakera Blu-Ray digunakan untuk memainkan kandungan multimedia.
b)   Terhad kepada bentuk interaktiviti multimedia linear sahaja.
c)   Kualiti multimedia beresolusi tinggi (lebih jelas berbanding paparan laman web)
d)   Kos yang tinggi bagi membeli caka\era padat kerana hanya boleh menyimpan kandungan multimedia sekali sahaja.
e)   Maklumat yang disimpan tidak dapat dikemaskini menyebabkan ianya cepat luput.


Perbezaan:
Web-base
CD-base
1. Gambar dan video
Ukuran resolusi rendah
Kualiti lebih tinggi
2. Kandungan multimedia
Boleh dikemaskini namun, boleh dipadam oleh individu tidak bertanggungjawab.
Disimpan kekal & tidak boleh diubah.
3. Kos
Boleh dikemaskini mengikut peredaran masa dengan mudah dan murah.
Maklumat cepat luput atau ketinggalan zaman.
Sebarang perubahan perlu dibuat dan disimpan dalam CD baru= kos meningkat.
to be continue..

Peraturan Makmal Komputer




Selamat Tahun Baru 2014



Selamat kembali ke sekolah...
Semoga tahun 2014 ini akan menjadi jauh lebih baik daripada tahun 2013..
InsyaAllah...