5.0 Pengaturcaraan



1. Program :
satu set arahan untuk sebuah komputer bagi melaksanakan sesuatu tugas. Program dapat dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Java atau C, atau dalam bahasa penghimpun.

2. Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language) :
                     Adalah arahan atau kod yang akan ditukar ke dalam arahan mesin binari melalui compiler atau interpreter.
                     Bahasa Pengaturcaraan mirip dengan bahasa Inggeris.
                     Antara contoh bahasa pengaturcaraan yang popular adalah C++, Pascal, dan BASIC.

3. Pengatucaraan (Programming):
                     Adalah proses atau aktiviti menaip set arahan atau perintah yang mengarahkan komputer untuk melaksanakan tugas.

4. Pengaturcara (Programmer):
                     Seseorang yang mencipta program komputer. Mereka ini mengamalkan pendekatan formal untuk pengaturcaraan dan juga dikenali sebagai penganalisis pengaturcaraan (Programming Analysis), jutera perisian, dan penganalisis perisian.


5. Generasi Bahasa Pengaturcaraan

Bahasa Pengaturcaraan Aras Rendah
(komputer hanya memahami bit-bit 1 dan 0, yang membentuk bait-bait (byte))
Bahasa Generasi Pertama
(Bahasa Mesin)

Bahasa Generasi Kedua
(Bahasa Penghimpun)

Bahasa Pengaturcaraan Aras Tinggi
Bahasa Generasi Ketiga
(Bahasa Bertatacara)

Bahasa Generasi Keempat
(Bahasa Berorientasikan Masalah)

Bahasa Generasi Kelima
(Bahasa Natural)



6. Bahasa Generasi Pertama (Bahasa Mesin):
  • Byte dibentuk daripada bit-bit 1 dan 0 yang merujuk kepada arus elektrik ‘on’ dan ‘off’ , dan membentuk suatu skema pengekodan bagi mewakili huruf, nombor, dan simbol.
  • Antara skema pengekodan yang popular ialah ASCII dan EBCDIC.
  • Bahasa mesin adalah set arahan yang komputer dapat memahaminya secara langsung dan ditulis dalam kod binari.
  • Bahasa mesin adalah berbeza mengikut komputer- sukar digunakan.

7. Bahasa Generasi Kedua (Bahasa Penghimpun):
  • Menggunakan singkatan (abbreviations) dan sukukata (mnemonics) sebagai ganti simbol 1 dan 0.
  • Contoh mnemonics : singkatan “prt” untuk mencetak
  • Bagaimanapun, cara ini masih sukar dikuasai oleh manusia.

8. Bahasa Generasi Ketiga (Bahasa Bertatacara):
  • Lebih menyerupai bahasa Inggeris (lebih difahami oleh manusia).
  • Walaubagaimanapun, masih perlu latihan bagi menggunakan bahasa peringkat tinggi terutamanya bahasa bertatacara.
  • Bahasa bertatacara perlu diterjemah dahulu kepada bahasa mesin melalui pengompil (compiler) atau penterjemah (interpreter).
  • Maka perlaksanaannya menjadi lambat (perlu diterjemah dahulu).
  • Menyelesaikan masalah yang umum.
  • Contoh: BASIC, Pascal, C, C++,COBOL, FORTRAN, Ada, HTML, Java.

9. Bahasa Generasi Keempat (Bahasa Berorientasikan Masalah):
  • Bahasa peringkat amat tinggi (very higher language).
  • Direka untuk menyelesaikan masalah yang spesifik.
  • Contoh: IFPS (Interactive Financial Planning System) digunakan khusus untuk membangunkan model-model kewangan.
  • Mempunyai bahasa pertanyaan (query languge) yang membolehkan pengguna yang bukan pengaturcara memberikan arahan-arahan yang mudah difahami bagi mendapatkan laporan dari pengkalan data.
  • Penghasilan aplikasi (application generator) mengandungi beberapa modul yang sedia diprogramkan bagi melaksanakan sesuatu tugas tertentu.
  • Contoh: Lotus1-2-3, MS Excell, MS Access, dan dataBase.
10. Bahasa Generasi Kelima (Bahasa Natural):
  • Bahasa tabii (natural language) seperti bahasa Inggeris, Jepun, Perancis, dan lain-lain.
  • Membolehkan manusia berinteraksi dengan komputer secara terus.

5.1 Pendekatan Bahasa Pengaturcaraan



Terbahagi kepada dua kaedah iaitu:

a)     Pengaturcaraan Berstruktur (structure programming)

b)    Pengaturcaraan Berorientasikan Objek (OOP: Object oriented programming)



A. Pengaturcaraan Berstruktur

1. juga dikenali sebagai pengaturcara bermodul

2. Menggunakan pendekatan model rekabentuk atas-bawah (pengaturcara perlu memetakan struktur program secara keseluruhan ke dalam sub bahagian yang berasingan dari atas ke bawah).

3. Contoh bahasa pengaturcaraan berstruktur adalah seperti ADA, Pascal, dan Fortran.





B. Pengaturcaraan Berorientasikan Objek (OOP: Object oriented programming)



1.     Menggabungkan data dengan fungsi untuk membentuk objek. Setiap objek mempunyai hubungan

     di antara satu sama lain.

2.     Objek di dalam bahasa OOP merujuk kepada jenis tertentu dalam kelasnya.

3.     OOP membuatkan pengaturcaraan menjadi lebih senang untuk menstruktur, mengorganisasikan program, kemaskini, dan pengubahsuaian program dibuat.

4.     Sesuai untuk membangunkan atucara yang bersaiz besar.

5.     Contoh bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek ialah C++, Java, Visual Basic dan C#



















5.2      Penterjemah (Translator)

*    Penterjemah diperlukan untuk menterjemahkan bahasa aras tinggi seperti C++, Visual Basic, dan Java kepada bahasa mesin supaya komputer memahami dan melaksanakan arahan di dalam program.

*    Penterjemahan ini dilakukan oleh perisian penterjemahan (translator software)

*    Penterjemah terdiri daripada:

a)     Penghimpun (Assembler)

b)    Pentafsir (Interpreter)

c)     Pengompil (Compiler)


A.   Penghimpun (Assembler)

1.     Merupakan program komputer yang berfungsi untuk mentrjemahkan bahasa perhimpunan iaitu yang bersifat mnemonic kepada bahasa mesin.

2.     Contoh bahasa perhimpunan ialah arahan “no operation” yang diringkaskan menjadi NOP dan diwakilkan sebagai 10010000 dalam bahasa mesin.











NOP
 


10010000
 

 




              *proses penterjemahan Mnemonic kepada Bahasa Mesin

B. Pentafsir (Interpreter)

1. Sebuah program penterjemah yang mentafsir arahan yang ditulis dalam bahasa aras tinggi kepada bahasa mesin.

2. Pentafsir akan membaca secara terus dari kod sumbernya secara baris demi baris tanpa mengompilnya terlebih dahulu. Kod sumber ini akan ditukar ke bahasa mesin dan seterusnya akan melaksanakan arahan dalam baris-baris hingga ke baris terakhir kod sumber berkenaan.

3. Proses larian (run) penterjemahan adalah perlahan dan tiada kod objek yang dihasil atau disimpan.

4. Contoh bahasa pengaturcaraan seperti BASIC, LOGO, dan Smalltalk menggunakan pentafsir sebagai juru penterjemahannya.
C. Pengompil (Compiler)
1. Satu program penterjemahan yang menukar kod aturcara yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan aras tinggi, kepada kod mesin.
2. Kod aturcara akan dibaca secara keseluruhannya,iaitu bermula dari baris pertama hinggalah tamat ke baris yang terakhir. Ia kemudiannya akan diterjemah kepada kod mesin.
3. Proses larian (run) penterjemahan adalah laju dan menghasilkan fail program binari terlaksana (kod objek) selepas pengaturcara mengompil aturcara.
4. Kod objek ini sebenarnya adalah bahasa mesin, ia akan disimpan dan akan digunakan pada lain masa.
5. Ini bermaksud pengompil hanya bekerja sekali sahaja dalam menterjemahkan kod aturcara kepada kod mesin. Kod objek akan digunakanapabila pengaturcara melarikan (run) aturcaranya.
6. Contoh: C++,Pascal,Cobol

























5.3 Elemen Asas Dalam Pengaturcaraan 






















1. Perbezaan Pemalar (Constant)  dan Pemboleh Ubah (Variable) 










 2. Jenis Data


















3. Pengoperasi (Operators)


  





















 4. Logikal


































5.4 Struktur Kawalan
 
1.    Struktur kawalan terbahagi kepada 3:


 

















2. Carta Alir

















3. Perbezaan Carta alir Struktur Kawalan Jujukan  (Sequence control Structure) dan Struktur Kawalan Pilihan (Selection Control Structure):






















5.5 Fasa Pembangunan Aturcara
Terdapat 5 fasa pembangunan program pengaturcaraan iaitu: