Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
- Berkongsi Fail
Pengguna
dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
- Menimdahkan Fail
Memudahkan
pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
- Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Memudahkan
pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll.
Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
- Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
Data-data
dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang
sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
- Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
Pencetak atau CD-Rom yang
terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang
mengunakan komputer lain.
- Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer
ke komputer yang lain.
Sistem Rangkaian Komputer
Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
Rangkaian Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
- Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pengguna-pengguna sebaya
(Peer to peer)
- Komponen-komponen LAN
- Topologi LAN
- Kesan dari LAN